RIYADH: Sekumpulan wanita Arab Saudi bercadang melancarkan kempen supaya diberi hak untuk memandu dengan mengambil kesempatan terhadap fatwa agama yang menjadi kontroversi di negara itu.
Sekiranya tuntutan itu ditolak, mereka bercadang mengikut fatwa yang membenarkan pemandu menjadi anak susuan mereka. Wartawan, Amal Zahid memberitahu Gulf News kempen dengan slogan yang berbunyi ‘Izinkan kami memandu atau kami akan jadikan pemandu anak susuan kami’ itu bakal dilancarkan tidak lama lagi.
Menurut sumber, kumpulan itu memutuskan untuk mengikut fatwa yang dikeluarkan ulama terkenal di negara itu yang mengatakan wanita Arab Saudi boleh menyusukan pemandu asing supaya mereka boleh dianggap anak sendiri.
“Memandangkan setiap keluarga di Arab Saudi memerlukan pemandu, kempen kami menekankan supaya wanita diberikan hak memandu,” kata Amal.
Fatwa kontroversi yang diumumkan anggota Persatuan Ulama Arab Saudi merangkap penasihat Raja, Shaikh Abdul Mohsin Bin Nasser Al Obaikan beberapa minggu lalu dianggap pelik dan melucukan serta mencetuskan perdebatan.
Ulama itu mengatakan wanita Arab Saudi diizin menyusukan pemandu asing supaya dia dianggap anak sendiri dan boleh menjadi abang kepada anak perempuan mereka. Dengan demikian, pemandu asing boleh bergaul bebas dengan setiap anggota keluarga tanpa melanggar hukum agama yang sememangnya melarang pergaulan bebas antara bukan mahram. Saudara sesusuan dianggap sebagai saudara kandung dalam Islam.
“Seorang wanita diizin menyusukan lelaki dewasa supaya individu itu boleh menjadi anaknya. “Dengan cara ini dia bebas bergaul dengan wanita itu tanpa melanggar syariat Islam,” jelas Shaikh Abdul Mohsin. Bagaimanapun, bebeberapa hari kemudian, beliau berkata, fatwa yang dikeluarkannya dimanipulasi pihak media kerana susu yang dimaksudkannya perlu diberikan dalam gelas bukan dengan cara susuan seperti bayi. - Agensi
p/s:wahhh.klu betol lah mnde ni jadi aku rase ramai kott lelaki seluruh dunia nak keje kat riyadh.HAHA dpt susuuuu. 
AFRIKA SELATAN: Satu kondom bergigi direka khusus untuk wanita sebagai senjata mmepertahan diri dilancarkan di Afrika Selatan, baru-baru ini.
‘Rape-AXe’ diilhamkan Dr Sonnet Ehlers empat dekad lalu. Ketika itu, Ehlers yang berusia 20 tahun bertugas sebagai penyelidik perubatan menemui mangsa rogol yang dianggapnya bagaikan mayat hidup.
Dalam temu bualnya bersama CNN, Ehlers melaporkan mangsa memberitahunya, “Alangkah bagusnya jika saya punya gigi pada alat sulit saya” dan Ehlers berjanji akan mencipta alat seumpama itu bagi membantu wanita lain. Sebagai menepati janjinya, Ehlers mencipta ‘Rape-Axe’ yang mempunyai gigi dan berfungsi mencengkam alat sulit lelaki ketika melakukan hubungan seksual.
Alat berkenaan hanya boleh dibuka pakar perubatan. “Sekiranya alat ini berfungsi, lelaki terbabit tidak boleh berjalan ataupun buang air kecil,” ” jelas Ehler. - Agensi.
p/s:wahhh terbaek lah.tapi,kondom dlm alat sulit wanita ?klu yg dh kawen mcm mana pulak?
eh PENJARA PUDU dh selamat disemadikan? haihh satu lagi tempat bersejarah dh selamat dimusnahkan.generasi2 akan dpt tgk bangunan tinggi2 menjulang ke langit je lah.tkde dh tempat bersejarah.tapi bagus jugak di robohkan kott.kurang siket tempat berhantu kat m'sia neh.ngeeee. 




2 budak nak kena tibai:
Yang Yidyah tu, ulama dieorang gila apa? Bukan ke kalau nak jadi ibu susuan tu maksudnya kne kasi 5oz susu and 5 kali minum (setiap kali hingga kenyang sebnyak 5 kali. HINGGA KENYANG. Agak2, brapa banyak yang perlu di feed untuk ksi seorang dewasa untuk kenyang?). ANd bukan ke pasal ibu susuan tu hanya utk budak yang hanya beberapa tahun?
haaa tu la pasal.
mr K tanak pegi keje kat sane?haha dpt susu freee.susu ibu byk khasiat weh !
ulama mane punye pendapat la nehh.
bengongg.
Post a Comment